Monday, January 24, 2005

Ikan Siakap Tiga Rasa

Hari ni aku cuba try masak ikut resipi kat mesra.net huhu. Tak sangka lak menjadi dan sedap dimakan oleh mulutku. Tak tau la kalau korang rasa sedap ke tak masakan aku..haha. Apa pun bangga gak la aku masak boleh dimakan sehingga menjilat pinggan...huhu. Ok korang nak tau resipinya? Tengok kat bawah tu..

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap (apa2 jenis ikan pun boleh)
  • 5 biji cili hijau (dikisar)
  • 2 biji cili merah (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 biji tomato (dikisar)
  • 3 batang serai (dikisar)
  • 1cm halia (dikisar)
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji cili hijau (dipotong serong)
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam + Kunyit
  • Minyak
  • Air
Cara-cara
  1. Ikan dibersihkan, lumurkan dengan garam kunyit dan tepung jagung.Goreng hingga garing dan ketepikan
  2. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sos tiram kacau lagi.
  3. Masukkan air ikut citarasa (jika ingin berkuah, lebihkan air).Tunggu hingga kuah mendidih.
  4. Masukkan cili merah, cili hijau dan daun ketumbar.Kacau sebentar.Tuangkan kuah ke atas ikan. 
Selamat Mencuba

Friday, January 21, 2005

Apa itu Affiliate

Hari ni aku nak bincang pasal apa itu affiliate? Aku terpanggil nak bercerita pasal affiliate kat blog ni hari ni. Aku akan cerita serba sikit mengikut pengalaman aku yang tak seberapa ni. huhu. Pada yang dah advance dan dah tau pasal affiliate, aku rasa korang akan buang masa. Pada yang tak tau dan nak tau bacalah...pada korang yang ada ilmu dan nak kongsi. Bagitaulah aku, aku pun bukan terer sangat.

Ok, aku nak cerita pasal affiliate. Setahu aku affiliate ni macam orang tengah atau intermediary atau middle man dalam English. Banyak orang Malaysia dan internet user yang kaya hanya jadi affiliate jual barang-barang orang lain. Diorang hanya jual barang orang lain tanpa perlu ada site sendiri. Setiap affiliate yang join certain site diberikan satu ID. Korang pernah tengok tak ID affiliate? contohnya macam ni www.produkA.com/aff=123 dan macam2 lagi. So, kalu affiliate ni dia iklankan dalam forum ke, adword ke dan sewaktu dengannya dan ada orang klik dan beli dari id, automatically affiliate tu dapat le duit.

Ada macam2 program affiliate kat Malaysia yang boleh korang join secara percuma dan tak perlu bayar satu sen pun. Kerja korang iklankan je barang2 diorang. Kalu malas sangat korang letak je kat blog korang ke dalam email signature ke dan macam2 cara lagi. Ada sesetengah affiliate program sanggup membayar pada korang $50 untuk satu produk dan hingga $200 pun ada. Tak caya? korang bleh cari kat Google.
Oklah setakat ni dulu untuk hari ni. Kalu aku ada silap apa2 berkenaan affiliate kat atas tu, sila beri komen, so aku akan update.

Salam.                                                                   image credit

Tuesday, January 18, 2005

Forum Wang Cyber

Hari ni aku blur lagi, tak tau nak taip apa kat blog ni. Orang buat blog aku buat blog gak, tapi aku takde topik-topik yang best nak kongsi dengan korang. Apa pun aku nak belajar gak menaip kat blog. Belajar dari bawah, mana tau satu masa nanti bleh jadi blogger berkaliber, hahaha. Takpun hangat-hangat tahi ayam je. Haha...

Aku ada gak tengok2 kat forum wang cyber tu, banyak tul pro blogger kat Malaysia ni, semua terer2. Yang bestnye diorang semua ok dan tak kedekut ilmu. Kalu korang nak belajar pasal baut duit kat internet, aku rasa kat wang cyber forum tu adalah platform yang terbaik utk orang Malaysia belajar, berkongsi pendapat dan bertanya macamana nak cari duit kat internet. Macam2 ada, tak caya? korang pegi tengok sendiri. Ni haa website dia www.wangcyber.com

Macam2 orang ada dalam tu, yg paling best (bagi aku la) Sham Raja Adsense, Shuth the owner of wangcyber dan ramai lagilah. Aku mention nama diorang ni sebab diorang ni la aku bleh belajar bab-bab buat duit internet. Apa kata kalau korang cuba try tengok2 kat site diorang. Mana tau korang dapat ilmu. Apa pun kita kena ada minat la. Aku syorkan korang ambil tau pasal adsense, sebab bagi aku adsense senang nak belajar dan semua dah siap kat blogspot ni, cuma kita je kena setkan adsense tu. Tapi kena ingat la Google ada T&C dan macam2 lagi yang perlu kita alert. Jangan sampai akaun adsense kena ban dah, bila dah kena ban payah nak buka semula akaun tu. Kalu korang nak tau pasal adsense dalam bahasa melayu, korang ikut je Sham Raja Adsense, dia akan ajar step by step.  Oklah aku stop kat sini, sory ler kalu korang bosan dengan apa yg aku taip ni, aku bukan pro blogger pun haha. 
Salam

Tuesday, January 11, 2005

Kawan dan Sahabat

Hari ni aku bangun agak lambat...hahaha, sebab semalam tido lewat. Hari ni aku takde topik yang best nak share dengan korang. So, korang nak baca, bacalah.......

Topik hari ni berkaitan dengan topik KAWAN. Kawan bermacam kawan. Ada kawan baik, kawan rapat, kawan sekelas, kawan sepejabat, eh macam-macamlah. Tapi sahabat tu apa maksudnya? Bunyi berlainan tapi maksud sama kot. Aku tak pasti,kalau korang ada jawapan bagitau aku.

Aku rasa aku ramai kawan, nak tau sape kawan-kawan aku? Semua aku taip kat atas tu semua kawan-kawan aku..hehehehe. Tapi antara kawan-kawan yang paling best dan selalu rapat dengan aku tak pernah berpisah dengan aku adalah hp aku hehehe. TaLiPoN daaa..

Esok kena keluar rumah lagi, pegi mana? Pegi kerja hahaha..keje keje keje...hidup kena kerja. Okay ah, aku dah tak tau nak tulis ape..blank,

Salam.